AKADEMI BIJAK BERBICARA!

July 30, 2008 - Comments Off
AKADEMI BIJAK BERBICARA di PKNS Bangi

"Selamat Datang ke Akademi Bijak Berbicara!!"

AKADEMI BIJAK BERBICARA (ABB) merupakan sebuah program yang bermatlamat untuk membangunkan potensi kemahiran komunikasi para remaja. Menerusi program, bengkel, latihan, persembahan dan pertandingan yang diadakan, remaja bakal menerobosi sempadan baru dalam dunia seni berbicara.

Dipimpin oleh Pembicara Gemilang yang berpengalaman, Saudara Badrul Sani, Akademi Bijak Berbicara ini juga akan membantu para penonton dalam menggarap dan menggilap kemahiran seni berbicara masing-masing.

Ingat, kemahiran seni berbicara masa kini bukan lagi keistimewaan… Tetapi ia satu kemestian. Ya, KEMESTIAN!!